Tuesday 6 December 2011

BAHASA MELAYU TAHUN 5 (PENULISAN BAH. C) TULIS JAWAPAN DALAM SATU PERENGGAN DENGAN 5 NILAI MURNI DARIPADA PUISI INI.

INI KISAH SEORANG PEMUDA
SEMENJAK KECIL GIGIH BERUSAHA
BELAJAR TIDAK PERNAH LUPA
INGIN MENJADI ORANG BERJAYA
      KE MENARA GADING TEMPAT DI TUJU
      SEMAKIN DEKAT CITA-CITA DI KALBU
      BERUSAHA TIDAK PERNAH JEMU
      INGIN MEMBALAS JASA AYAH DAN IBU
KINI IMPIAN TELAH   TERLAKSANA
MENJADI DOKTOR BERKHIDMAT  DI DESA
BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT TIDAKLAH LUPA
SEIKHLAS HATI MEMBANTU SESIAPA SAHAJA
      PESAN AYAH DAN IBU TERSEMAT DI JIWA
      MEMBERI KHIDMAT JANGANLAH MEMINTA-MINTA
      MENOLONG INSAN SETIAP MASA DAN KETIKA
      JADILAH INSAN BERBUDI PEKERTI MULIA
Jawapan:
Nilai Murni  -1) gigih berusaha     (rajin)
                     2) membalas jasa    (mengenang budi)
                     3) seikhlas hati        (jujur)
                     4) ingat pesan ayah (mendengar nasihat)
                     5) menolong           (membantu)

          Terdapat lima nilai murni yang boleh dicontohi daripada puisi di atas iaitu nilai rajin.  Contohnya kita hendaklah sentiasa gigih berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Nilai murni yang kedua ialah mengenang budi, contoh kita mesti membalas jasa ibu ibu bapa apabila telah dewasa dan berjaya mencapai cita-cita.  Seterusnya ialah nilai jujur, contohnya sentiasa berbakti seikhlas hati kepada masyarakat terutama di desa.  Di samping itu, nilai mendengar nasihat juga mesti diamalkan contohnya selalu mengingati pesan ayah dan ibu agar berkhidmat dengan ikhlas tanpa meminta-minta.  Akhir sekali ialah nilai membantu, contohnya kita hendaklah menjadi insan yang selalu menolong orang lain setiap masa dan ketika.

Wednesday 23 November 2011

DUNIA KAMI

LATIHAN PEMAHAMAN ( Jawab soalan-soalan  di bawah berdasarkan sajak (Dunia Kami)

Ladang kami
kami bangga berdiri di sini
di tengah ladang yang dikelilingi
paya dan hutan tebal
bagai duri getir kehidupan
itu mengajar kami
erti rendah dan tahu akur
membezakan kilau matahari
dan sejuk rembang senja.

Rumah kami kecil sahaja
dengan tangga kayu bulat
dan berdinding papan
mujurlah   atap nipah
terus mendewasakan anak-anak kami
dari panas dan titis hujan
hingga mampu mengeja nama
dan faham sopan susila.

Desa kami jauh daripada kebisingan kota
tak terlangkau arus kemodenan
aku, isteri, dan anak-anak
tidak menonton televisyen
tidak menonton cerekarama
saham pelabur jauh menyepi
kami sungguh bangga di sini
di ladang kami
jauh daripada kepura-puraan
tidak mengejar harta
seperti orang di kota.



Soalan latihan:
1) Di manakah letaknya rumah penyajak?




2)Bagaimanakah keadaan rumah penyajak?




3)Apakah jasa rumah itu kepada penyajak?




4)Mengapakah penyajak gembira tinggal di situ?




5)Berikan maksud tak terlangkau arus kemodenan.


Wednesday 9 November 2011

Pengajaran Bahasa Melayu-Mendeklamasikan Sajak

Pendahuluan



Antara aktiviti bahasa yang menyeronokkan murid ialah mendeklamasikan sajak.  Mendeklamasikan sajak berupa bacaan dan hafazan yang boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.  Aktiviti  ini boleh dimulakan dngan aktiviti lain seperti pemahaman, perbincangan, pencernaan akal,permainan atau pertandingan.

Pembacaan sajak ini hendaklah dibuat dengan "sebutan bunyi yang baik" agar persembahan ini menjadi menarikdan menimbulkan minat pendengar dan penonton.Persembahan deklamasi sajak menjadi lebih bermakna sekiranya diiringi dengan aki lakonan atau irama muzik yang sesuai.
Apabila aktiviti mendeklamasi sajak dijalankaan dengan berkesan di bilik darjah, pendeklamasi dan penonton akan mendapat manfaatnya. Sajak yang menarik minat murid ialah sajak yang ditulis oleh murid itu sendiri atau rakan sebayanya.  Suara boleh dipelbagaikan mengikut nada, tekanan serta intonasi.
Langkah-langkah
1) Pendeklamasi memilih sajak yang sesuai dan memahami isi sajak itu.
2) Pilih perkataan dan frasa yang patut diberikan penekanan.
3) Pendeklamasi berlatih mendeklamasi dengan nada dan tekanan serta intonasi suara yang sesuai.
4) Deklamasikan sajak.

Contoh sajak:
                    Kicau Murai
Murai berkicau di pagi hari
nyaring suaranya menyanyi-nyanyi
hatinya sangatlah suka
melihat mentari membukakan mata.

Ia menyanyi di dahan tinggi
sahut bersahutan tidak berhenti
seperti mengatakan kepada kami
Hei, bangunlah hari dah tinggi.

Penat berbunyi ia berhenti
menyisir bulunya berdetap-detap
seperti ia mengajar kami:
"mandi pagi dan cuci gigi".

Sudah itu ia terbang
mengibas-ngibaskan kepaknya yang kuat
menyambar ke sana menyambar ke mari
menunjukkan tubuhnya yang cergas dan sihat.

Monday 31 October 2011

Sajak Bahasa Bangsaku

Ayuh kawan,
kita bangun bersama,
kita kejar bersama,
kita bina bersama,
kita pertahan bahasa bangsa,
daripada dipijak, digasak, dijajah
oleh tangan durjana,
perosak bahasa bangsaku.

Ayuh kawan,
mari kita buktikan,
mari kita pertahankan,
mari kita selamatkan,
daripada terus dirosakkan
oleh tangan durjana
pemusnah bahasa bangsaku.

Ayuh kawan,
bangunlah jangan terus leka,
membiarkan bahasa ibunda kita
diperlekehkan mereka.......