Wednesday 23 November 2011

DUNIA KAMI

LATIHAN PEMAHAMAN ( Jawab soalan-soalan  di bawah berdasarkan sajak (Dunia Kami)

Ladang kami
kami bangga berdiri di sini
di tengah ladang yang dikelilingi
paya dan hutan tebal
bagai duri getir kehidupan
itu mengajar kami
erti rendah dan tahu akur
membezakan kilau matahari
dan sejuk rembang senja.

Rumah kami kecil sahaja
dengan tangga kayu bulat
dan berdinding papan
mujurlah   atap nipah
terus mendewasakan anak-anak kami
dari panas dan titis hujan
hingga mampu mengeja nama
dan faham sopan susila.

Desa kami jauh daripada kebisingan kota
tak terlangkau arus kemodenan
aku, isteri, dan anak-anak
tidak menonton televisyen
tidak menonton cerekarama
saham pelabur jauh menyepi
kami sungguh bangga di sini
di ladang kami
jauh daripada kepura-puraan
tidak mengejar harta
seperti orang di kota.



Soalan latihan:
1) Di manakah letaknya rumah penyajak?




2)Bagaimanakah keadaan rumah penyajak?




3)Apakah jasa rumah itu kepada penyajak?




4)Mengapakah penyajak gembira tinggal di situ?




5)Berikan maksud tak terlangkau arus kemodenan.


Wednesday 9 November 2011

Pengajaran Bahasa Melayu-Mendeklamasikan Sajak

Pendahuluan



Antara aktiviti bahasa yang menyeronokkan murid ialah mendeklamasikan sajak.  Mendeklamasikan sajak berupa bacaan dan hafazan yang boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.  Aktiviti  ini boleh dimulakan dngan aktiviti lain seperti pemahaman, perbincangan, pencernaan akal,permainan atau pertandingan.

Pembacaan sajak ini hendaklah dibuat dengan "sebutan bunyi yang baik" agar persembahan ini menjadi menarikdan menimbulkan minat pendengar dan penonton.Persembahan deklamasi sajak menjadi lebih bermakna sekiranya diiringi dengan aki lakonan atau irama muzik yang sesuai.
Apabila aktiviti mendeklamasi sajak dijalankaan dengan berkesan di bilik darjah, pendeklamasi dan penonton akan mendapat manfaatnya. Sajak yang menarik minat murid ialah sajak yang ditulis oleh murid itu sendiri atau rakan sebayanya.  Suara boleh dipelbagaikan mengikut nada, tekanan serta intonasi.
Langkah-langkah
1) Pendeklamasi memilih sajak yang sesuai dan memahami isi sajak itu.
2) Pilih perkataan dan frasa yang patut diberikan penekanan.
3) Pendeklamasi berlatih mendeklamasi dengan nada dan tekanan serta intonasi suara yang sesuai.
4) Deklamasikan sajak.

Contoh sajak:
                    Kicau Murai
Murai berkicau di pagi hari
nyaring suaranya menyanyi-nyanyi
hatinya sangatlah suka
melihat mentari membukakan mata.

Ia menyanyi di dahan tinggi
sahut bersahutan tidak berhenti
seperti mengatakan kepada kami
Hei, bangunlah hari dah tinggi.

Penat berbunyi ia berhenti
menyisir bulunya berdetap-detap
seperti ia mengajar kami:
"mandi pagi dan cuci gigi".

Sudah itu ia terbang
mengibas-ngibaskan kepaknya yang kuat
menyambar ke sana menyambar ke mari
menunjukkan tubuhnya yang cergas dan sihat.