Wednesday 23 November 2011

DUNIA KAMI

LATIHAN PEMAHAMAN ( Jawab soalan-soalan  di bawah berdasarkan sajak (Dunia Kami)

Ladang kami
kami bangga berdiri di sini
di tengah ladang yang dikelilingi
paya dan hutan tebal
bagai duri getir kehidupan
itu mengajar kami
erti rendah dan tahu akur
membezakan kilau matahari
dan sejuk rembang senja.

Rumah kami kecil sahaja
dengan tangga kayu bulat
dan berdinding papan
mujurlah   atap nipah
terus mendewasakan anak-anak kami
dari panas dan titis hujan
hingga mampu mengeja nama
dan faham sopan susila.

Desa kami jauh daripada kebisingan kota
tak terlangkau arus kemodenan
aku, isteri, dan anak-anak
tidak menonton televisyen
tidak menonton cerekarama
saham pelabur jauh menyepi
kami sungguh bangga di sini
di ladang kami
jauh daripada kepura-puraan
tidak mengejar harta
seperti orang di kota.



Soalan latihan:
1) Di manakah letaknya rumah penyajak?




2)Bagaimanakah keadaan rumah penyajak?




3)Apakah jasa rumah itu kepada penyajak?




4)Mengapakah penyajak gembira tinggal di situ?




5)Berikan maksud tak terlangkau arus kemodenan.


No comments:

Post a Comment