Pendahuluan
Antara aktiviti bahasa yang menyeronokkan murid ialah mendeklamasikan sajak. Mendeklamasikan sajak berupa bacaan dan hafazan yang boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti ini boleh dimulakan dngan aktiviti lain seperti pemahaman, perbincangan, pencernaan akal,permainan atau pertandingan.
Pembacaan sajak ini hendaklah dibuat dengan "sebutan bunyi yang baik" agar persembahan ini menjadi menarikdan menimbulkan minat pendengar dan penonton.Persembahan deklamasi sajak menjadi lebih bermakna sekiranya diiringi dengan aki lakonan atau irama muzik yang sesuai.
Apabila aktiviti mendeklamasi sajak dijalankaan dengan berkesan di bilik darjah, pendeklamasi dan penonton akan mendapat manfaatnya. Sajak yang menarik minat murid ialah sajak yang ditulis oleh murid itu sendiri atau rakan sebayanya. Suara boleh dipelbagaikan mengikut nada, tekanan serta intonasi.
Langkah-langkah
1) Pendeklamasi memilih sajak yang sesuai dan memahami isi sajak itu.
2) Pilih perkataan dan frasa yang patut diberikan penekanan.
3) Pendeklamasi berlatih mendeklamasi dengan nada dan tekanan serta intonasi suara yang sesuai.
4) Deklamasikan sajak.
4) Deklamasikan sajak.
Contoh sajak:
Kicau Murai
Murai berkicau di pagi hari
nyaring suaranya menyanyi-nyanyi
hatinya sangatlah suka
melihat mentari membukakan mata.
Ia menyanyi di dahan tinggi
sahut bersahutan tidak berhenti
seperti mengatakan kepada kami
Hei, bangunlah hari dah tinggi.
Penat berbunyi ia berhenti
menyisir bulunya berdetap-detap
seperti ia mengajar kami:
"mandi pagi dan cuci gigi".
Sudah itu ia terbang
mengibas-ngibaskan kepaknya yang kuat
menyambar ke sana menyambar ke mari
menunjukkan tubuhnya yang cergas dan sihat.
No comments:
Post a Comment